Dari KL saya mudah melalui lebuhraya
persekutuan terus ke arah klang. Tiba di Klang ikut tanda arah menghala
ke Kapar. Seterusnya jalan yersebut akan membawa anda ke kuala selangor.
Jeram merupakan daerah sebelum kuala selangor. Kami bertolak dari Kuala
Lumpur jam 9.15pm dan tiba di pangkalan jeram (Medan ikan bakar Jeram)
jam 10.30pm. untuk menaiki boat ke pulau Angsa anda perlu memastikan
waktu air pasang terlebih dahulu. biasanya orang boat akan membawa kita
apabila air mula pasang.
Menaiki Boat ke Pulau angsa mengambil masa 30 minit dari pangkalan jeram
(Pangkalan bersebelahan dengan medan ikan bakar jeram). Untuk ke Pulau
Angsa anda boleh menaiki mana2 boat yang menawarkan perkhidmatan
penghantaran. Terdapat beberapa orang yang menawarkan perkhidmatan
menghantar . Ada yang mengenakan bayaran mengikut bilangan orang dan ada
yang mengenakan bayaran sebiji boat. anatara bayaran cas perkhidmatan
boat antaranya RM250 sebiji boat pergi-balik maksimum 6 orang. dan ada
penghantaran mengikut perkepala iaitu RM35 minimum 4 orang sebiji boat.
Inilah adalah Boatman yang saya gunakan untuk ke pulau Jemur dan Pulau
Angsa. Nama Boatman ini adalah Saroni, Orang tempatan biasa memanggil
beliau dengan panggilan “WAK” ,dan beliau gagap bila bercakap, so cakap
jgn laju2. Saya sudah 3 kali termasuk trip ini menggunakan perkhidmatan
wak untuk pergi ke pulau Jemur (Pangkalan Penyelidikan Unisel) dan Pulau
angsa. Pulau Angsa merupakan trip kali pertama. Cas boat yang dikenakan
adalah RM250 pergi balik. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual udang hidup dan pumpun.
Pulau Angsa
Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar. jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut. Saya pun tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.

Sebahagian chalet yang ditinggalkan
terdapat juga bilik yang masih boleh digunakan dan ia berkunci. tetapi
bilik tersebut tiada kemudahan toilet yang sempurna seperti bekalan air
yang bersih. Oleh itu setiap kali menggunakan tandas anda perlu
menggunakan bekalan air hujan yang telah di takung. Chalet yang boleh
digunakan tersebut boleh di sewa dengan bayaran RM30 ( Tak pasti pulak
sama ada semalam atau sepanjang berada di pulau). Bagi chalet yang
telah rusak dan pecah, toilet memang tidak dapat digunakan terus hanya
boleh jadi tempat berteduh sahaja jika berlaku hujan ribut. Bekalan air
yang bersih digalakkan dibawa sendiri oleh anda. Tiada bekalan makanan
di pulau ini oleh itu kita perlu membawa peralatan memasak dan bekalan
makanan yang mencukupi sepanjang berada di pulau tersebut. Kemudahan
Elektrik disediakan, oleh itu anda tidak perlu risau bila malam, kerana
terdapat lampu, malah anda boleh menggunakan peralatan elektik sendiri
seperti Rice Cooker, Cas handphone dan juga menggunakan laptop.
Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti tiang2 konkrit tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan membawa pemancing ke Pulau Angsa dan perkhidmatan memancing dari atas bot di sekitar Pelabuhan Klang sila masukkan email anda di bawah :
No comments:
Post a Comment